Home » » NAJWA

NAJWA

            


Najwa adalah sebuah kisah yang menyatukan dua insan yang saling memerlukan bagi menyempurnakan kehidupan yang sementara ini. najwa seorang budak remaja berusia dalam lingkungan 14 tahun boleh dikategorikan sebagai budak nakal lantaran kerja sambilannya sebagai oencopet amatur yang beroperasi sendirian. dalam satu kejadian najwa dipertemukan dengan qayyum seorang ahli korporat yang berjaya namun hidupnya kesunyian lantaran tidak mempunyai zuriat. dalam keajdian yang sama kereta qayyum terlanggar najwa lalu qayyum membawa najwa ke hospital setelah  diperiksa qayyum terkejut bila najwa didapati meiliki dompet serta kad pengenalannya. setelah memikirkaannya barulah qayyum menyedari bahawa gadis yang cuba diselamatkan itu merupakan seorang pencopet, namun qayyum tidak membenci, malah mengasihani najwa gadis yang masih terlalu muda untuk manghanrungi kehidupan yang serba mencabar ini. perasaan qayyum semakin meruntun apabila doktor memberitahu najwa perlu dibedah bagi mengeluarkan darah beku yang terperangkap di dalam tempurung kepalanya. tanpa fikir panjang qayyum bersetuju untuk membiayai kos perubatan ke atas najwa namun najwa telah melarikan diri dari hospital tanpa sempat pihak hospital menegnal latar belakangnya. suatu hari semasa najwa beroperasi tiba-tiba dia jatuh pengsan tanpa banyak bercerita dia akhirnya disoal siasat di balai polis setelah didesak dia memberikan nama qayyum sebagai warisnya.

Jenis bahan : 
DVD

Untuk pinjaman dan  rujukan bahan:

Unit Sumber Media,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000
Kangar, Perlis

Tel : 04 : 9764436
Faks : 04 : 9760906
Email : unitsumbermedia@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.

Unit Sumber Media

Unit Sumber Media
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis. No tel : 04-9764436 Faks : 04-9760906

Video Of the Day

Facebook

 
Copyright ©
Created By Sora Templates | Distributed By Gooyaabi Templates