Embun berumur 17 tahun adalah seorang gadis melayu yang mempunyai semangat emansipasi dan daya juang yang tinggi. dia bukan seperti gadis sezamannya yang hidup mengalah dalam dunia dominan lelaki dan terceruk di dapur semata-mata. dia adalah gadis melayu yang sentiasa mahu mara kehadapan dan menyumbang kearah memperjuangkan nasib orang melayu yang tertekan akibat kegawatan sosiopolitik dalam zaman pendudukan jepun. seperti abangnya, bayu yang menjadi penggerak utama kesatuan melayu muda cawangan bayan lepas, pulau pinang. embun berpendapat kedatangan jepun dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membebaskan orang-orang melayu dari cengkaman segala bentuk imperialisma. bayu seorang lulusan sekolah arab al-masyur dan pengikut setia pengasas KMM, ibrahim yaacob dan anak asuhan Dr Burhanuddin helmi juga mempercayai bahawa slogan "asia untuk asia" dan "lingkungan kemakmuran ais timur raya" yang dilaung-laungkan oleh pemerintah jepun menyediakan satu platform yang luas kepada aktivis politik seperti dirinya untuk membantu tanah airnya dari segala belenggu imperialisme dalam mencapai kemerdekaan.
Jenis bahan :
DVDUntuk pinjaman dan rujukan bahan:
Unit Sumber Media,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000
Kangar, Perlis
Tel : 04 : 9764436
Faks : 04 : 9760906
Email : unitsumbermedia@gmail.com
0 comments:
Post a Comment