Home » , » SEJARAH MELAYU

SEJARAH MELAYU


CD Interaktif ini hanya memaparkan isi teks Sejarah Melayu edisi Shellabear yang sudah disesuaikan dengan khalayak muda yang menjadi sasarannya tanpa analisis. CD Interaktif ini juga berguna untuk khalayak yang ingin mengenal jatidiri bangsanya. Kandungannya lebih tertumpu kepada beberapa bahagaian iaitu pengenalan yang memuatkan isi Sejarah Melayu, tujuan teks dikarang dan penyusunannya yang lebih dikenali sebagai Tun Seri Lanang. Sehubungan dengan itu disediakan Menu Utama seperti cerita-cerita yang mencakup keseluruhan cerita daripada carita 1 hingga 34, mitos, episod-episod penting, tokoh-tokoh, riwayat Sultan-sultan Melaka, unsur budaya, nilai dan adat. Kesemuanya dimuatkan dengan harapan dapatlah khalayak mengetahui isi teks secara mudah dan ringkas. Penyajian CD Interaktif ini dianggap wajar untuk memaparkan isi Sejarah Melayu yang selama ini hanya hanya terdekam dalam dunia yang amat asing kepada khalayak muda. Mereka tidak kenal siapa pahlawan Melayu sehingga tidak sudi menjadikan tokoh-tokoh ini sebagai idola bangsa, malah mereka lebih mengenali 'Doraemon dan 'Ultraman'. Sehubungan dengan inilah isi Sejarah Melayu cuba dipaparkan melalui CD Interaktif sejajr dengan media masa kini bak kata pepatah; "Tak kenal makan tak cinta". Langkah pertama ini diharapkan dapat memberi ruang untuk melahirkan CD Interaktif yang lain terutama yang berkaitan dengan karya-karya klasik yang selama ini tenggelam dalam dunianya yang tersendiri sehingga kita lupa bahawa kita juga punya satu khazanah warisan yang kaya sejajar dengan khazanah bangsa-bangsa besar yang lain. 


Jenis bahan : 
DVD

Untuk pinjaman dan  rujukan bahan:

Unit Sumber Media,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000
Kangar, Perlis

Tel : 04 : 9764436
Faks : 04 : 9760906
Email : unitsumbermedia@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.

Unit Sumber Media

Unit Sumber Media
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis. No tel : 04-9764436 Faks : 04-9760906

Video Of the Day

Facebook

 
Copyright ©
Created By Sora Templates | Distributed By Gooyaabi Templates