Home » » LAKSAMANA DO RE MI

LAKSAMANA DO RE MI

Filem ini berkisahkan cereka fantasi tentang tiga orang lelaki yang tiada kerja dan ingin mencari kerja untuk menampung hidup. Setelah dihalau dari rumah (yang didirikan secara haram di atas pokok), mereka merantau dan menyelamatkan Puteri Bunian iaitu Puteri Buluh Betung. Puteri tersebut mengurniakan tiga ganjaran untuk mereka kerana menyelamatkannya. Do mendapat tikar terbang yang akan membawa mereka ke mana sahaja yang dikehendaki. Re pula mendapat teropongsakti yang mampu melihat mana-mana tempat, mana-mana peristiwa yang berlaku pada bila-bila masa di seluruh dunia. Mi pula mendapat bangsi (atau harmonika) hikmat yang akan mendapatkan benda yang diingini setelah berniat dan meniupnya.Mereka bertiga menuju ke negara Pasir Berdengung untuk mencari kerja sebagai pendekar. Di sana, mereka menyertai perlawanan untuk mencari pendekar. Mereka bertiga berjaya mengalahkan pendekar negara setelah memakan ubat kuat (ma'jun) lalu mereka dilantik menjadi Laksamana Negara. Mereka diminta untuk memberi bantuan kepada Negara Pasir Dua Butir yang telah diserang Menteri FaSoLa. Menteri FaSoLa merupakan bekas menteri pertahanan negara Pasir Dua Butir (memberontak terhadap negara disebabkan pinangannya kepada Puteri Punchak Mahligai ditolak baginda Sultan Pasir Dua Butir). Pengembaraan mereka berterusan untuk mencari Puteri negara itu dan mengalahkan menteri Fasola dengan alatan yang mereka ada. Pada mulanya mereka agak sukar untuk menewaskan Fasola kerana dia kebal, tetapi dengan bantuan Tuan Puteri Buluh Betung, Fasola mati dibunuh oleh Do menggunakan sebatang buluh runcing yang ditikam di tapak kakinya. Mereka bertiga menjaga Tuan Puteri Punchak Mahligai semalaman sebelum menghantar pulang ke negara Pasir Dua Butir keesokkan harinya.Keesokannya mereka pulang ke negeri Pasir Dua Butir. Di sana Laksamana Do, Re, Mi menuntut janjinya daripada Raja negeri itu. Oleh kerana keadaan negeri itu yang belum lagi stabil, Raja telah menitahkan anaknya untuk pulang bersama-sama dengan laksamana bertiga ke negeri Pasir Berdengung untuk melaksanakan upacara perkahwinan. Sambil itu Raja juga berpesan kepada anaknya, Tarik rambut pelan-pelan. Rambut tak putus, tepung tak berserak.Maka berangkatlah Tuan Puteri Punchak Mahligai bersama dengan laksamana bertiga pulang ke negeri Pasir Berdengung. Tiba di sana, lain pula ceritanya. Raja Pasir berdengung terpikat dengan kecantikan Tuan Puteri Punchak Mahligai. Lalu mengambilnya menjadi permaisurinya.Masuk angin keluar asap. Itulah yang dirasai oleh laksamana bertiga. Dan sebagai Raja yang adil, Raja telah menggantikan Tuan Puteri dengan 3 orang dayang istana. Setelah melihat dayang istana itu, Laksamana Do, Re, Mi lari meninggalkan istana.

Jenis bahan : 
DVD

Untuk pinjaman dan  rujukan bahan:

Unit Sumber Media,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000
Kangar, Perlis

Tel : 04 : 9764436
Faks : 04 : 9760906
Email : unitsumbermedia@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.

Unit Sumber Media

Unit Sumber Media
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis. No tel : 04-9764436 Faks : 04-9760906

Video Of the Day

Facebook

 
Copyright ©
Created By Sora Templates | Distributed By Gooyaabi Templates