Home » » KARIPAPKARIPAP CINTA

KARIPAPKARIPAP CINTA



Filem Karipap Karipap Cinta mengisahkan Ali, seorang pemuda yang bersopan santun tetapi tidak memiliki cita-cita dan motivasi. Dia bekerja di sebuah syarikat akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya mengambil gambar kawasan yang kelihatan seram dan mengubahsuainya menjadi gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Ali jatuh hati kepada seorang kartunis, Sarah. Dalam satu kejadian ragut, Ali cuba menjadi hero tetapi akhirnya Sarah yang menyelamatkannya kerana mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan.Ali mendapat tahu Sarah pernah menuntut di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai ustazah. Dalam usaha memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong dirinya juga pernah menuntut di universiti sama, tetapi akhirnya pembohongannya terbongkar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terbabit dalam satu pertelingkahan sengit dengan rakan politiknya, Datuk Zaidan. Dia mendapat dokumen sulit dan ingin mendedahkannya dalam akhbar politik miliknya. Ali beranggapan dokumen itu akan merumitkan hubungannya dengan Sarah


Jenis bahan : 
DVD

Untuk pinjaman dan  rujukan bahan:

Unit Sumber Media,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000
Kangar, Perlis

Tel : 04 : 9764436
Faks : 04 : 9760906
Email : unitsumbermedia@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.

Unit Sumber Media

Unit Sumber Media
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis. No tel : 04-9764436 Faks : 04-9760906

Video Of the Day

Facebook

 
Copyright ©
Created By Sora Templates | Distributed By Gooyaabi Templates