Home » » IBU MENTUAKU

IBU MENTUAKU


Seorang gadis bernama Sabariah mencintai seorang pemuzik bernama Kassim Selamat. Apabila ibu Sabarian, Nyonya Mansoor mendapat tahu perkara tersebut, dia begitu marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi dan tambahan pula Kassim Selamat ialah seorang pemuzik yang tidak sama taraf kedudukan dengan keluarga Nyonya Mansoor. Bagaimanapun Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat dan tetap menikah dengan Kassim Selamat lalu dihalau keluar dari rumah Nyonya Mansoor.Kassim Selamat dan Sabariah berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang untuk memulakan hidup baru. Apabila Sabariah mengandung, Nyonya Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang ke Singapura kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya yang hidup serba kekurangan kerana Kassim Selamat kini bekerja sebagai buruh kasar. Setelah Sabariah melahirkan anak, Nyonya Mansoor menghantar telegram palsu kepada Kassim Selamat menyatakan yang Sabariah telah meninggal dunia.Kerana terlalu sedih, Kassim Selamat menangis siang dan malam sehingga matanya tidak dapat lagi melihat dan akhirnya menjadi buta tetapi diselamatkan oleh seorang perempuan. Seorang lelaki bernama Mamak Maidin membantu Kassim Selamat kembali menjadi pemuzik dan mereka mengadakan pentujukan di merata tempat. Sementara itu, Nyonya Mansoor juga memberitahu Sabariah bahawa Kassim Selamat mendapat kemalangan dan meninggal dunia. Akhirnya Sabariah bersetuju dinikahkan dengan Doktor Ismadi. Semasa Kassim Selamat mengadakan pertunjukan di Singapura, Sabariah bertemu semula dengan Kassim Selamat dan meminta pertolongan suaminya Doktor Ismadi untuk memulihkan penglihatan Kassim Selamat
Jenis bahan : 
DVD

Untuk pinjaman dan  rujukan bahan:

Unit Sumber Media,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000
Kangar, Perlis

Tel : 04 : 9764436
Faks : 04 : 9760906
Email : unitsumbermedia@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.

Unit Sumber Media

Unit Sumber Media
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis. No tel : 04-9764436 Faks : 04-9760906

Video Of the Day

Facebook

 
Copyright ©
Created By Sora Templates | Distributed By Gooyaabi Templates