Home » » BUAI LAJU-LAJU

BUAI LAJU-LAJU


Sebuah thriller berlatar belakangkan sebuah kampung di luar kuala lumpur, amran seorang pemuda tanpa hala hidup singgah atau mungkin bukan tidak terancang, di warung milik ibrahim, seorang tua kaya yang mempunyai isteri muda yang cantik bernama zaiton. zaiton yang bosan dengan kehidupan di kampung mula angan-angan akan kehidupan baru sebaik sahaja melihat kehadiran amran, amran pula terpikat dengan kejelitaan zaiton lalu bersetuju tinggal dan bekerja di warung milik ibrahim, godaan zaiton mengakibatkan perhubungan sulit mereka di belakang ibrahim menuju kecelakaan. kekuatan dan kuasa kewanitaan zaiton memujuk amran merancang satu kematian jalan raya hingga terbunuhnya ibrahim kemudian zaiton telah memindahkan kesemua wang dan harta arwah suaminya ke dalam simpananya sendiri. Rancangan zaiton dan amran berkecai apabila tiba gambar-gambar bukti penglibatan mereka dalam pembunuhan ibrahim. Amran telah berjaya mengesan si pemeras ugut lalu menghapuskan bukti yang ada. kemudian amran dan zaiton lari meninggalkan kampung di malam hari dengan sebuah kereta, sebaik saja rasa takut mulai hilang dan muncul perasaan selamat dari segala tuduhan, di sebuah simpang kereta yang dipandu zaiton telah berselisih dengan sebuah kereta lain. kereta mereka terbabas mengakibatkan zaiton terbunuh, amran telah dituduh membunuh zaiton dengan niat untuk mendapatkan harta milik zaiton dan kemudiannya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati. 

Jenis bahan : 
DVD

Untuk pinjaman dan  rujukan bahan:

Unit Sumber Media,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000
Kangar, Perlis

Tel : 04 : 9764436
Faks : 04 : 9760906
Email : unitsumbermedia@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.

Unit Sumber Media

Unit Sumber Media
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis. No tel : 04-9764436 Faks : 04-9760906

Video Of the Day

Facebook

 
Copyright ©
Created By Sora Templates | Distributed By Gooyaabi Templates