Siri animasi BoiboyBoi musim kedua bermula dengan kepulangan BoboyBoi ke Pulau Rintis dan memulakan sesi persekolahan. Di sana, BoboyBoi berkenalan dengan lebih ramai kawan-kawan baru dan berjumpa semula sahabat baiknya Gopal, Yaya, Ying dan Ochobot. Gopal yang terlalu gembira mula bercerita tentang pelbagai perkara sehingga ke kisah rumah "berhantu" yang berada dalam laluan seharian Boboyboi ke sekolah. Tidak mereka ketahui, yang rumah tersebut adalah rumah salah seorang rakan sekelas mereka yang baru sahaja berpindah ke Pulau Rintis. Boiboyboi yang tidak mempercayai kisah tahyul mengajak Gopal ke rumah tersebut untuk menyiasat supaya Gopal tidak letih kerana terpaksa menggunakan jalan yang jauh ke sekolah setiap hari. Sementara itu, seperti biasa Probe yang licik menceritakan tentang kisah hantu tersebut kepada Adudu dengan harapan mereka boleh bekerjasama dengan hantu tersebut untuk mengalahkan Boiboyboi. Siapakah hantu yang dicari-cari mereka?
Jenis bahan :
DVDUntuk pinjaman dan rujukan bahan:
Unit Sumber Media,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000
Kangar, Perlis
Tel : 04 : 9764436
Faks : 04 : 9760906
Email : unitsumbermedia@gmail.com
0 comments:
Post a Comment