Che' Harun ialah seorang pengurus ladang getah kepunyaan bapanya sendiri. Dia seorang yang boros berbelanja dan sering keputusan wang. Walaupun begitu, dia juga seorang yang amanah dan tidak menggunakan wang pejabat. Dia banyak berhutang dengan ceti dan juga kenalannya Che' Normah seorang penyanyi kelab malam. Untuk menjelaskan hutang-hutangnya, Che' Harun terpaksa berbohong dengan bapanya Dato' Mahfiz dengan menyatakan yang dia memerlukan wang untuk melangsungkan pernikahan. Dato' Mahfiz yang tinggal berjauhan daripada anaknya sememangnya sudah lama mendesak Che' Harun supaya berkahwin. Mendengar berita gembira tersebut, Dato' Mahfiz tidak berfikir panjang lalu terus mengirim RM5,000 kepada anaknya. Sementara itu, Dato' Mahfiz yang sering terganggu kesihatannya telah dinasihatkan doktor supaya berehat dan bertukar angin. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur ditemani jururawat yang menjaganya iaitu Halimah. Sambil berehat dia juga ingin bertemu anak dan menantu barunya. Ketibaan bapanya menyebabkan Che' Harun serba salah kerana dia sebenarnya masih belum bernikah dan ini menyebabkan dia terpaksa meminjam isteri pemandunya Salleh
Jenis bahan :
DVDUntuk pinjaman dan rujukan bahan:
Unit Sumber Media,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000
Kangar, Perlis
Tel : 04 : 9764436
Faks : 04 : 9760906
Email : unitsumbermedia@gmail.com
0 comments:
Post a Comment