Endeng Tejeli telah dipasung di Gua Tegayung kerana mempunyai rupa paras yang tampan. Di Negeri Kota Lama pula, 3 beradik terdiri daripada Raja Sulong, Raja Tengah dan Raja Bongsu masing-masing ingin menjadi Raja. Maka berlakulah pertarungan di antara mereka dan berakhir dengan kemenangan Raja Sulong. Raja tengah dan Raja Bongsu merasa aib dan malu lalu membawa diri ke dalam hutan, Dalam perjalanan, Raja Bongsu telah termakan sebiji telur naga dan bertukar Nenek Sepat Petala Naga. Manakala Raja Tengah pula bertukar rupa menjadi Raja Gergasi kerana terlalu lama di dalam hutan. Raja Sulong telah bermimpi Puteri Gak Petra dan ingin memperisterikan Puteri tersebut. Mengikut Wak Nujum, Endeng Tejeli sahaja yang boleh mengambil Puteri Gak Petra dari jagaan nenek Sepet Petala Naga. Maka bermulalah pelbagai kisah dan rintangan yang dihadapi Endeng Tejeli untuk mendapatkan Puteri Gak Petra untuk dipersembahkan kepada Raja Sulong.
Jenis bahan :
VCD
Untuk pinjaman dan rujukan bahan:Unit Sumber Media,Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri PerlisJln Penjara, 01000Kangar, PerlisTel : 04 : 9764436Faks : 04 : 9760906Email : unitsumbermedia@gmail.com
0 comments:
Post a Comment