Senam Seni 1Malaysia (SS1M) merupakan program senaman yang menggabungkan elemen tarian dan seni mempertahankan diri masyarakat Malaysia pelbagai kaum sebagai gerak asas senamrobik dengan diiringi alunan lagu rakyat atau muzik Irama Malaysia.
SS1M juga bertindak sebagai serampang dua mata iaitu menjaga kesihatan dan memulihara warisan budaya. Modul senaman yang mengambil masa kira-kira 30 minit merangkumi gerakan dalam aspek kecergasan senamrobik antarabangsa seperti berikut:
- Memanaskan badan
- Aktiviti kardiovaskular
- menyejukkan badan
- gerakan singkat (ruang rehat antara gerakan)
Senarai Persembahan:
1. Zapin
2. Inang
3. Joget
4. Asli Sewang
5. Tarian India
6. Tarian Cina
7. Tarian Sabah
8. Tarian Sarawak
9. Gerakan Seni Bela Diri Malaysia
Muzik Senam Seni 1Malaysia:
1. Zapin Budi
2. Joget Rentak 106
3. Muzik Silat
4. Hati Kama
5. Zapin Hanuman
6. Jumbalaka
7. Etnik Sabah / Sarawak
8. Sape'
9. Joget Malaysia
Jenis bahan :
DVD Video & Compact Disc Digital Audio
Untuk pinjaman & rujukan bahan:
Unit Sumber Media,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000
Kangar, Perlis
Tel : 04 : 9764436
Faks : 04 : 9760906
Email : unitsumbermedia@gmail.com
0 comments:
Post a Comment