Bagaimanakah melalui ilmu falak (astronomi) moden, dibuktikan hakikat penciptaan alam semesta? Dengan cara manakah Teori "Bing Bang" (Letupan Besar) membatalkan falsafah materialisme? Apa asal-usul alam yang begitu sempurna ciptaannya ini? Apakah yang menyebabkan alam ini begitu teratur dan seimbang? Filem ini memperkatakan isu-isu ini dengan jelas, sambil memaparkan suatu fakta penting yang ditemui oleh kajian astronomi moden: bahawa alam ini diwujudkan dari kekosongan mutlak, bermula dengan suatu Letupan Besr.
Selepas berlaku Letupan Besar, barulah terbentuk segala galaksi, bintang, planet dan yang penting sekali bumi yang mengandungi segala keperluan kehidupan. Setiap satu daripadanya wujud hasil rangkaian imbangan yang sungguh luar biasa. Tiada yang terjadi secara kebetulan dan tidak disengajakan, malah kalau ianya tiada wujud, kehidupan menjadi mustahil.
Ini bermakna bahawa alam ini bukanlah sekadar himpunan bebas atau rambang benda-benda yang memang telah ada sejak azali, seperti yang didakwa oleh golongan materialis dan atheis.
Kajian-kajian saintifik telah pun membuktikan bahawa alam ini dicipta dan direkabentuk oleh Tuhan dengan segala kesempurnaan. Filem ini berdasarkan buku Penciptaan Alam Semesta oleh HarunYahya.
Jenis bahan :
Video CD
Untuk pinjaman & rujukan bahan:
Unit Sumber Media,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000
Kangar, Perlis
Tel : 049764436
Faks : 04 : 9760906
Email : unitsumbermedia@gmail.com
Popular Posts
-
Mengisahkan Jeff, Dina, Harry dan Winnie yang merupakan mahasiswa yang sedang menjalankan tugasan iaitu menghasilkan buletin kampus. Ma...
-
Orang-orang tua zaman dahulu telah mencipta banyak peribahasa yang berkaitan dengan haiwan. Ada perilaku haiwan yang dapat dijadikan te...
-
Tok dalang mengajak upin dan ipin dan kawan-kawan untuk mengait rambutan di belakang rumahnya dari habis dimakan tupai. disebabkan buah...
-
These sweet, gentle tunes create a loving environment in which children can sing together, play quitely, or peacefully drift off to slee...
-
Amukan puaka mengisahkan 5 pelajar universiti dari kl datang ke rumah panjang kaum dayak selako di perkampungan terpenvil kg pueh, sema...
-
Senam Seni 1Malaysia (SS1M) merupakan program senaman yang menggabungkan elemen tarian dan seni mempertahankan diri masyarakat Malaysia ...
-
These educational video disc "ABC ENGLISH FOR CHILDREN" are designed to aid your child in the learning process. From the ...
-
Menampilkan lagu-lagu negeri Perlis Senarai Lagu: Terinai, Layang Mas, Canggung, Ayam Didik, Inang Kayangan, Cik Lang, Cinta Sayang, ...
-
Cinta fotokopi berkisahkan watak zurinan seorang gadis kampung yang berpewatakkan lembut cantik dan menarik, menjadi mangsa aiaya bapa ...
-
These educational video disc "ABC ENGLISH FOR CHILDREN" are designed to aid your child in the learning process. From the ...
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment