Home » , , » HAKIKAT PENCIPTAAN

HAKIKAT PENCIPTAAN




Apabila diperhatikan pelbagai jenis kehidupan di muka bumi, kita akan temui contoh kewujudan "teknologi" yang menakjubkan. Pada tubuh seekor serangga yang sangat kecil atau pada suatu tumbuhan melata, terdapat sistem-sistem yang direkabentuk dengan begitu teliti dan jitu. Semua ini menunjukkan "perancangan" yang sempurna. Tidak syak lagi, haiwan atau tumbuhan yang kerdil itu tidak menghasilkan sendiri rekabentuk yang demikian canggih. Malah ianya tidak pun mempunyai sebarang dayafikir. Lebih mustahil pula kalau dikatakan bahawa rekabentuk ini wujud secara kebetulan, seperti yang dianjurkan oleh teori evolusi ciptaan Darwin. Terbukti bahawa makhluk-makhluk ini dijadikan oleh Maha Pencipta yang memiliki kuasa atas alam semesta. Alam ini berlimpahan dengan tanda-tanda yang nyata memaparkan kewujudan Tuhan serta kuasa penciptaan-Nya. Antara makhluk-makhluk menarik yang dipaparkan dalam dokumentari ini:


  • Kumbang Pengebom
  • Kumbang Kura-kura
  • Kelip-kelip
  • Penjerat Lalat Venus
  • Pohon Sundew
  • Penyamaran Haiwan
  • Peniruan dan Keserupaan
Filem ini berdasarkan buku-buku "Untuk Mereka yang Berakal" dan Allah diketahui melalui Akal" oleh Harun Yahya



Jenis bahan : 
Video CD

Untuk pinjaman & rujukan bahan:

Unit Sumber Media,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000
Kangar, Perlis

Tel : 049764436
Faks : 04 : 9760906
Email : unitsumbermedia@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.

Unit Sumber Media

Unit Sumber Media
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis. No tel : 04-9764436 Faks : 04-9760906

Video Of the Day

Facebook

 
Copyright ©
Created By Sora Templates | Distributed By Gooyaabi Templates