MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.
Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.
Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya
Popular Posts
-
Cinta fotokopi berkisahkan watak zurinan seorang gadis kampung yang berpewatakkan lembut cantik dan menarik, menjadi mangsa aiaya bapa ...
-
Menampilkan lagu-lagu negeri Perlis Senarai Lagu: Terinai, Layang Mas, Canggung, Ayam Didik, Inang Kayangan, Cik Lang, Cinta Sayang, ...
-
Senam Seni 1Malaysia (SS1M) merupakan program senaman yang menggabungkan elemen tarian dan seni mempertahankan diri masyarakat Malaysia ...
-
Outer Space Rover - Urfo, an intergalactic dog, is comforted by Jerry when his spaceship departs suddently, leaving him behind. Even ...
-
Amukan puaka mengisahkan 5 pelajar universiti dari kl datang ke rumah panjang kaum dayak selako di perkampungan terpenvil kg pueh, sema...
-
Tok dalang mengajak upin dan ipin dan kawan-kawan untuk mengait rambutan di belakang rumahnya dari habis dimakan tupai. disebabkan buah...
-
Mengisahkan Jeff, Dina, Harry dan Winnie yang merupakan mahasiswa yang sedang menjalankan tugasan iaitu menghasilkan buletin kampus. Ma...
-
These educational video disc "ABC ENGLISH FOR CHILDREN" are designed to aid your child in the learning process. From the ...
-
These sweet, gentle tunes create a loving environment in which children can sing together, play quitely, or peacefully drift off to slee...
-
THE MAGIC SCHOOL BUS is based on Scholastic's most successful children's science book series in history by Joanna Cole and Bru...
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment